
Article
Ltdipt 2023 Peta Laluan Ltdipt 2023 Peringkat 2
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) buat julung kalinya menganjurkan Le Tour de IPT (LTdIPT) 2023 yang akan b...
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) buat julung kalinya menganjurkan Le Tour de IPT (LTdIPT) 2023 yang akan berlangsung mulai 17 hingga 20 Jun 2023 dengan melalui beberapa laluan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Peringkat 2: UTeM, Melaka (60km)
Tarikh : 18/06/2023 (Ahad)
Lokasi Pelepasan : UTem, Melaka
Masa Pelepasan : 9.00 pagi
Lokasi Penamat : Dewan Canselor, UTeM, Melaka.
Antara kawasan-kawasan yang akan dilalui :-
Dewan Canselor UTeM - Jalan Anugerah - Lingkaran UTeM Perdana - Fakulti Kujuruteraan Mekanikal - Perpustakaan Laman Hikmah UTeM - Lingkaran UTeM Perdana - Dewan Canselor UTeM.
Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda dan mematuhi arahan anggota polis yang bertugas.
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web LTdIPT 2023 di https://ltdipt.utem.edu.my.