Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lima Termasuk Tiga Pelajar Sekolah Ditahan Kes Curi 13 Motos

Diterbitkan: 17 Jun 2014 6.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Abdul Aziz Salleh berkata kesemua remaja terbabit berusia antara 12 hingga 18 tahun itu ditahan antara 19 Jun hingga 24 Jun lepas dalam serbuan di empat buah rumah di M..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lima-termasuk-tiga-pelajar-sekolah-ditahan-kes-curi-13-motos
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:36 MYT

Kuantan, 25 Jun - Polis Temerloh berjaya menumpaskan kegiatan mencuri motosikal yang dianggotai lima remaja termasuk tiga pelajar sekolah menengah di Mentakab di sini.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Abdul Aziz Salleh berkata kesemua remaja terbabit berusia antara 12 hingga 18 tahun itu ditahan antara 19 Jun hingga 24 Jun lepas dalam serbuan di empat buah rumah di Mentakab.

Mereka dipercayai terbabit dalam 13 kes curi motosikal sejak Januari lepas.

"Remaja terbabit melakukan kegiatan curi motosikal pada malam hari dan meleraikan komponennya untuk dijual.

"Mereka kemudian membuang rangka motosikal curi itu ke dalam Sungai Pahang dan semak berhampiran kawasan operasi mereka sekitar Taman Bukit Bendera dan Taman Seri Layang di Mentakab," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Aziz berkata semua remaja terbabit direman sehingga 28 Jun ini untuk siasatan. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 6.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM