Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lima Suspek Samun Ditahan

Diterbitkan: 22 Sep 2017 7.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 22 September 2017 - Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul menahan lima suspek di beberapa lokasi di Rawang bermula pagi Selasa lalu bagi membantu siasatan kes samun.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lima-suspek-samun-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 00:08 MYT

LIMA SUSPEK SAMUN DITAHAN

Kuala Lumpur, 22 September 2017 - Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul menahan lima suspek di beberapa lokasi di Rawang bermula pagi Selasa lalu bagi membantu siasatan kes samun.

Parang dan satu telefon bimbit turut dirampas daripada suspek berusia dari 18 hingga 25 tahun itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Superintendan Mohamed Rafiq Muhamad Mustafa berkata, semua suspek terbabit dalam satu kejadian samun di Jalan Burung Bebarau, Kepong, Isnin lalu.

"Mereka menyamun enam pelanggan kedai makan di lokasi dengan bersenjatakan parang dan rantai motosikal.

"Bertindak atas maklumat kejadian itu, pihak kami melancarkan gerakan memburu suspek sebelum berjaya menahan seorang daripada mereka di Rawang, 3 pagi Selasa lalu," katanya.

Beliau berkata, hasil soal siasat, pihaknya menahan empat lagi suspek di sekitar Rawang.

"Dengan tertangkapnya semua suspek ini, kami berjaya menyelesaikan dua kes samun di sekitar daerah ini," katanya.



Sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/09/265877/lima-suspek-samun-ditahan

ArtikelDiterbitkan 22 Sep 2017 7.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM