Kpn Terima Dua Kunjungan Hormat Di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
KPN TERIMA DUA KUNJUNGAN HORMAT DI IBU PEJABAT POLIS BUKIT AMAN
Kuala Lumpur, 21 September 2017 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun telah menerima dua kunjungan hormat daripada Pengerusi Lembaga Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad, Tan Sri Hussin Haji Ismail dan Chief Executive Officer, Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI), Tan Sri Dato’ Dr. Michael Yeoh di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebentar tadi.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.
Gambar sekitar kunjungan hormat