Lima Lelaki Leka Main Mesin Judi Di Pusat Hiburan Keluarga D
Melaka, 30 Julai - Lima lelaki yang sedang leka bermain mesin judi dicekup polis dalam Ops Dadu di pusat hiburan keluarga di sebuah hypermarket di Bachang di sini.
Tiga
penjaga pusat hiburan berkenaan turut ditahan selain lapan mesin judi
dan wang tunai berjumlah RM2,481 dirampas dalam serbuan pada 1.30 tengah
hari ini.
Ketua
Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata pihaknya
menerima maklumat awam mengenai premis itu menggunakan mesin judi yang
menawarkan hadiah wang tunai kepada pemenang.
"Kami
memandang serius aktiviti judi di pusat hiburan keluarga dan pemantauan
akan dibuat dari masa ke semasa bagi membanteras aktiviti seumpama
ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau
berkata kesemua lima lelaki berusia 20-an terbabit ditahan mengikut
Seksyen 6 Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman denda
maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau
kedua-duanya, jika sabit
kesalahan.
Katanya
tiga penjaga premis terbabit juga berusia 20-an disiasat mengikut
Seksyen 4B akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 untuk
setiap mesin atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya
sekali.
Operasi
itu melibatkan 25 anggota dan tiga pegawai unit pencegahan perjudian,
kongsi gelap dan maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka dan
Daerah Melaka Tengah.
Sumber : BERNAMA