Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lima Pendatang Tanpa Izin Ditahan Dalam Ops Tayang Di Sandak

Published: 18 Jun 2014 7.48 AM Updated: 15 Aug 2026 7.36 PM
Kota Kinabalu, 12 Jan - Lima pendatang tanpa izin dari Filipina ditahan dalam Ops Tayang ketika cuba memasuki negara ini melalui perairan berhampiran Pulau Pamaguan, Sandakan pada Jumaat lepas...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lima-pendatang-tanpa-izin-ditahan-dalam-ops-tayang-di-sandak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:06 MYT

Kota Kinabalu, 12 Jan - Lima pendatang tanpa izin dari Filipina ditahan dalam Ops Tayang ketika cuba memasuki negara ini melalui perairan berhampiran Pulau Pamaguan, Sandakan pada Jumaat lepas.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek berkata mereka yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita dewasa berusia lingkungan 24 hingga 48 tahun itu ditahan ketika berada di dalam sebuah bot laju yang dikatakan mengalami kerosakan enjin kira-kira 9.30 malam.

Selepas pemeriksaan dibuat, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Pos Kawalan Pulau Pamaguan yang bertugas malam itu mendapati terdapat lima orang yang berada di dalam bot berkenaan yang tidak mempunyai sebarang pengenalan diri dan disyaki pendatang tanpa izin.

Berdasarkan siasatan awal, pendatang berkenaan dalam perjalanan dari Pulau Bakungan Besar (wilayah Filipina) menuju ke Sandakan, bahagian pantai timur Sabah, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohammad berkata kesemua pendatang tanpa izin itu dibawa ke balai polis Sandakan untuk siasatan lanjut.

Ops Tayang melibatkan anggota pos PGA Pulau Pamaguan yang dipantau oleh Esscom, dilancarkan bagi meningkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan di Zon Selamat Timur Sabah.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 7.48 AMUpdated 15 Aug 2026 7.36 PM