Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lima Lelaki Ditahan Rampas Tiga Senjata Api Buatan Sendiri

Diterbitkan: 18 Jun 2014 9.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tawau, 4 Feb - Polis menahan lima lelaki dan merampas tiga laras senjata api buatan sendiri dekat hutan simpan Gunung Rara, Kalabakan semalam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lima-lelaki-ditahan-rampas-tiga-senjata-api-buatan-sendiri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:46 MYT

Tawau, 4 Feb - Polis menahan lima lelaki dan merampas tiga laras senjata api buatan sendiri dekat hutan simpan Gunung Rara, Kalabakan semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata kesemua lelaki yang berumur antara 32 dan 53 tahun itu ditahan kira-kira 8.20 pagi dalam 'Ops Buru' oleh sepasukan pegawai Jabatan Perhutanan.

"Mereka ditahan ketika menaiki sebuah kenderaan semasa menuju ke kawasan hutan simpan itu. Semasa pemeriksaan, polis menemui tiga laras senjata api buatan sendiri itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata mereka dipercayai cuba memburu di kawasan hutan simpan itu.

Kesemua mereka ditahan reman selama seminggu bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960, katanya. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 9.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM