Kempunan Nikmati Hasil Tangkapan
Kudat,
4 Feb - Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat melalui operasi Op Cantas Khas
telah berjaya merampas 200 kilogram ikan yang ditangkap menggunakan
bahan letupan di kawasan perairan Pantai Sikuati, Kudat awal pagi tadi.
Komander
PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Madun berkata, pasukan Op Cantas Khas
PPM Wilayah 4 semasa menjalankan operasi telah terserempak dengan empat
buah bot yang menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan
letupan dan hasil pemeriksaan telah menjumpai 200 kilogram ikan yang
dianggarkan bernilai RM3,000.
"Semasa
pihak Marin Kudat terserempak dengan bot-bot yang digunakan untuk
meletupkan ikan, kesemua suspek telah terjun dan melarikan diri ke
darat.
Selain
200 kilogram ikan, PPM turut merampas empat buah bot, empat buah enjin,
empat buah 'compressor', empat gulung hos getah dan empat unit 'gogle'
yang menjadikan keseluruhan rampasan berjumlah RM14,400," katanya lagi.
Semua rampasan dibawa ke Pengkalan PPM Kudat untuk tindakan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 26(1)(a) Akta Perikanan 1985.
Sumber : Pasukan Polis Marin Kudat Sabah