Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lima Lelaki Dipercayai Rompak Pengerusi Gerakan Melaka Diber

Published: 18 Jun 2014 8.53 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Melaka, 29 Jan - Polis Melaka memberkas lima lelaki dalam tempoh dua jam selepas dipercayai melakukan rompakan di rumah Pengerusi parti Gerakan Melaka Datuk Lee Ah Fat di Jalan Palembang, Bukit Baru d..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lima-lelaki-dipercayai-rompak-pengerusi-gerakan-melaka-diber
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:49 MYT

Melaka, 29 Jan - Polis Melaka memberkas lima lelaki dalam tempoh dua jam selepas dipercayai melakukan rompakan di rumah Pengerusi parti Gerakan Melaka Datuk Lee Ah Fat di Jalan Palembang, Bukit Baru di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata polis menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 6.50 pagi ini sebelum unit rondaan polis diarah ke tempat kejadian.

Beliau berkata polis yang tiba di rumah mangsa kemudian melihat tiga lelaki bertopeng di kawasan rumah itu sebelum mengarahkan mereka menyerah diri.

"Ketiga-tiga lelaki itu bagaimanapun bertindak melarikan diri ke kawasan kejiranan namun berjaya diberkas polis," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Katanya polis turut berjaya merampas tiga bilah parang dipercayai digunakan ketika rompakan itu.

Salehhudin berkata susulan penangkapan tiga lelaki berkenaan, pihaknya menahan dua lagi lelaki yang berada di dalam dua buah kenderaan jenis Toyota Wish dan Nissan Teana disyaki rakan penjenayah terbabit, kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

Beliau berkata polis masih mengesan barangan yang dilaporkan hilang termasuk tiga utas jam tangan berjenama Rolex, Elba dan Tissot serta wang tunai RM2,000.

ArticlePublished 18 Jun 2014 8.53 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM