Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

18 Individu Ditahan Rampas Dadah Bernilai Rm1 1 Juta

Diterbitkan: 18 Jun 2014 8.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sepanjang tempoh 21 Januari 2013 hingga 25 Januari 2014, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Kuala Lumpur telah melakukan beberapa siri tangkapan membabitkan kegiatan pengedaran dadah di sekit..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/18-individu-ditahan-rampas-dadah-bernilai-rm1-1-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:41 MYT

Sepanjang tempoh 21 Januari 2013 hingga 25 Januari 2014, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Kuala Lumpur telah melakukan beberapa siri tangkapan membabitkan kegiatan pengedaran dadah di sekitar ibu negara.

Tangkapan-tangkapan tersebut membabitkan (9) lelaki Cina termasuk (2) warganegara Singapura, (3) lelaki warganegara Indonesia, (1) lelaki Melayu warganegara Singapura dan (5) perempuan Cina tempatan.

Daripada tangkapan yang dibuat polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah antaranya 4738 gram Syabu, 966 biji Erimin 5, 7969 biji Pil Ecstasy dan 1224.5 gram Ketamin. Rampasan dadah yang dibuat dianggarkan bernilai RM 1,097,080.00.

Turut dirampas wang tunai RM 123,500.00 dan Dollar Singapura 23,095.00 (RM 60,047.00) dipercayai hasil daripada kegiatan pengedaran dadah. Selain itu, lima buah kenderaan turut sita iaitu sebuah Mercedez S350, sebuah Volvo xc90t6, sebuah Honda Civic, sebuah Volvo 540 dan sebuah BMW 320i. Jumlah besar keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM 2,230,718.00.

Kesemua tangkapan kini ditahan reman untuk sisatan lanjut, daripada 18 orang yang ditahan 11 didapati positif dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan dengan kesalahan'.

18 Individu Ditahan Rampas Dadah Bernilai Rm1 1 Juta

18 Individu Ditahan Rampas Dadah Bernilai Rm1 1 Juta
18 Individu Ditahan Rampas Dadah Bernilai Rm1 1 Juta
18 Individu Ditahan Rampas Dadah Bernilai Rm1 1 Juta
18 Individu Ditahan Rampas Dadah Bernilai Rm1 1 Juta
18 Individu Ditahan Rampas Dadah Bernilai Rm1 1 Juta
18 Individu Ditahan Rampas Dadah Bernilai Rm1 1 Juta

Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 8.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM