Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lima Lelaki Diberkas Disyaki Terlibat Curi Motosikal Pecah Rumah

Diterbitkan: 16 Apr 2015 12.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Kinabalu, 15 April - Polis berjaya menahan lima lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes curi motosikal dan pecah rumah di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dalam dua serbuan berasingan tiga hari lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lima-lelaki-diberkas-disyaki-terlibat-curi-motosikal-pecah-rumah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:37 MYT


Kota Kinabalu, 15 April - Polis berjaya menahan lima lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes curi motosikal dan pecah rumah di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dalam dua serbuan berasingan tiga hari lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt Mohd Azhar Hamin berkata seorang suspek berumur 21 tahun ditahan di sebuah hotel pada 13 April, kira-kira jam 1.45 pagi dan ini membawa kepada penahanan empat lagi suspek di sebuah rumah di Taman Rugading, Tuaran, pada jam 4 pagi, tarikh yang sama.

"Empat suspek berumur antara 25 hingga 48 tahun berjaya ditahan (di rumah berkenaan) dan dua daripadanya mempunyai rekod jenayah melibatkan dadah," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Daerah Polis, Karamunsing di sini hari ini.

Katanya, empat daripada suspek adalah rakyat tempatan manakala seorang lagi pemegang dokumen IMM13 dan kesemua mereka dipercayai terlibat dengan enam kes curi motosikal dan sembilan kes pecah rumah di sekitar Kota Kinabalu sejak hujung tahun lalu.

Azhar berkata kejayaan polis memberkas lima suspek berkenaan membawa kepada rampasan sebuah kereta Perodua Viva, empat buah motosikal, jam tangan, komputer riba dan telefon bimbit yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM60,000.

Azhar meminta anggota masyarakat yang pernah membuat aduan dan laporan polis mengenai kes pecah rumah dan kehilangan telefon, komputer dan jam tangan supaya datang ke pejabat Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu untuk pengecaman barang.

Dalam perkembangan berasingan, Azhar berkata pasukannya berjaya menahan dua lelaki berumur 22 dan 24 tahun di Kampung Darau, Menggatal, kira-kira jam 12 tengah malam, pada Jumaat lalu kerana disyaki terlibat dalam kes samun seorang pelajar.

Azhar berkata kedua-dua suspek berkenaan berjaya ditahan kurang daripada enam jam selepas menyamun seorang pelajar menggunakan sebilah pisau ketika pelajar itu sedang dalam perjalanan ke kediamannya di Angkasa Apartmen, Menggatal kira-kira jam 8.40 malam.

BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 16 Apr 2015 12.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM