oleh: Nurfaeroz Idris
Kuala Lumpur, 15 April – Seumpama serumpun aur di tebing, setiap manusia memerlukan orang lain dalam kehidupannya, ini dapat diterjemahkan melalui kerjasama berterusan di antara kedua-dua belah pihak dengan mengimplimentasikan pelbagai program bersifat kemanusiaan dan kesejahteraan umum.
Bersesuaian dengan tema ‘Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada’ pada tahun 2015, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Astro Oasis telah mengadakan satu program ceramah agama di Maktab PDRM Kuala Lumpur, hari ini.
Program anjuran Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia yang diselaraskan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM ini juga satu daripada slot ‘Kalau Dah Jodoh’ yang menampilkan Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias Al-Hafiz.
Dalam ceramahnya yang bertajuk, ‘Bagaikan Aur Dengan Tebing’, beliau banyak menyentuh berkenaan isu-isu semasa dan hubung kait yang mendalam di antara polis dan masyarakat.
Program pada hari ini turut dihadiri oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim, Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS), SDCP Dato’ Zubaidah Md. Ismail, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta pimpinan-pimpinan tertinggi PERKEP.
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias Al-Hafiz..
Pengerusi PERKEP Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim bersama Pengarah JIPS, SDCP Dato’ Zubaidah Md. Ismail..
Antara yang hadir..
Antara yang hadir,,
Antara yang hadir...