Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lima Kenderaan Curi Antara Sepuluh Kenderaan Ditemui

Published: 19 Jun 2014 1.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Lima buah kenderaan mewah yang dilaporkan hilang di sekitar Lembah Klang ditemui pihak polis bersama lima lagi kenderaan dalam satu serbuan di kawasan pendaratan paragliding di Batu Hampar, Jugra, Ban..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lima-kenderaan-curi-antara-sepuluh-kenderaan-ditemui
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:39 MYT

Lima buah kenderaan mewah yang dilaporkan hilang di sekitar Lembah Klang ditemui pihak polis bersama lima lagi kenderaan dalam satu serbuan di kawasan pendaratan paragliding di Batu Hampar, Jugra, Banting.

Kesemua kenderaan yang ditemui dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti penyeludupan rokok oleh sindiket yang dipercayai telah lama aktif.

Ketua Polis Selangor, Senior DCP Dato' Pahlawan Mohd Shukri b. Dahlan dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat sebentar tadi berkata kejayaan ini adalah hasil intipan sepasukan polis yang dibentuk oleh Ketua Polis Daerah Banting selama sebulan dan ia secara tidak langsung dapat mematahkan sindiket penyeludupan serta sindiket curi kenderaan.

Lima Kenderaan Curi Antara Sepuluh Kenderaan Ditemui
Lima Kenderaan Curi Antara Sepuluh Kenderaan Ditemui
Lima Kenderaan Curi Antara Sepuluh Kenderaan DitemuiLima Kenderaan Curi Antara Sepuluh Kenderaan Ditemui


Sumber : Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor

ArticlePublished 19 Jun 2014 1.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM