Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kerjasama Ppm Polair Banteras Jenayah Di Laut

Diterbitkan: 19 Jun 2014 1.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tawau, 20 Feb - Pertemuan Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau bersama Polisi Perairan Indonesia (POLAIR) yang diadakan di perairan persempadanan Malaysia/Indonesia-Laut Tanjung Saima, di sini pada 17 Febr..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kerjasama-ppm-polair-banteras-jenayah-di-laut
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:19 MYT

Tawau, 20 Feb - Pertemuan Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau bersama Polisi Perairan Indonesia (POLAIR) yang diadakan di perairan persempadanan Malaysia/Indonesia-Laut Tanjung Saima, di sini pada 17 Februari lalu dijangka dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh kedua-dua pihak sekaligus dapat membanteras aktiviti jenayah di perairan negara masing-masing.

Menurut Komander PPM Wilayah Empat, ACP Mohamad Madun, delegasi PPM yang diketuai oleh Inspektor Mohd Puad Osman telah menyampaikan permasalahan berkaitan aktiviti penyeludupan keluar syabu dan baja amonium nitrat ke Indonesia dan penyeludupan masuk rokok ke Tawau.

AKBP Harun Rosyid selaku ketua delegasi POLAIR turut menyampaikan beberapa permasalahan yang dihadapi oleh pihak berkuasa Indonesia antaranya aktiviti penyeludupan syabu secara berperingkat ke Indonesia, kes kecurian dan rompakan di laut, serta penyeludupan barang dari Tawau ke Indonesia yang sukar dikesan perlu di'scan' di pintu masuk pemeriksaan di Nunukan, Indonesia.

"POLAIR juga meminta supaya pihak berkuasa Malaysia dapat membenarkan warga Indonesia yang bekerja di Sabah dapat pulang ke negara asal untuk bercuti hanya menggunakan surat akuan cuti.

"Mereka turut mencadangkan supaya operasi mencari dan menyelamat dijalankan bersama jika berlaku sesuatu kejadian di kawasan sempadan kedua-dua negara", jelas Mohamad lagi.

Sebelum berakhir, POLAIR turut menyerahkan satu salinan orang dikehendaki bagi mendapatkan bantuan PPM mengesan individu berkenaan berhubung kes syabu yang dilaporkan di Sungai Nyamuk, lndonesia.

Kerjasama Ppm Polair Banteras Jenayah Di Laut
Sumber : Pasukan Polis Marin Tawau, Sabah

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 1.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM