Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lima Dicekup Berlumba Haram Demi Rm165 000

Diterbitkan: 10 Jun 2018 3.19 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Polis menahan lima lelaki dalam dua serbuan berasingan di sini dan Kangar, Perlis pada Khamis lalu selepas dipercayai terlibat dalam pertaruhan perlumbaan haram membabitkan dua kumpulan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lima-dicekup-berlumba-haram-demi-rm165-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:56 MYT

Polis menahan lima lelaki dalam dua serbuan berasingan di sini dan Kangar, Perlis pada Khamis lalu selepas dipercayai terlibat dalam pertaruhan perlumbaan haram membabitkan dua kumpulan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Perlumbaan membabitkan kumpulan tersebut dipercayai bermula dari Taiping dan berakhir di Changkat Jering, Perak dengan jarak kira-kira 6.8 kilometer.

Kegiatan tersebut terbongkar selepas polis menemui satu akaun individu dikenali 'Matt Yie' yang memuat naik status 'Tahniah ESR Garage. Game RM165,000 win.$$$$ dan satu blog Jowiekuendah.com dengan satu artikel yang bertajuk 'Selepas game RM60k pertaruhan lumba haram cecah RM160k Y15ZR bukan level rempit'.

Berdasarkan maklumat tersebut polis telah melakukan tangkapan pertama pada pukul 7.30 malam di sebuah bengkel di sini melibatkan tiga lelaki tempatan yang bekerja sebagai mekanik selain merampas sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR berwarna merah yang digunakan semasa perlumbaan itu.

Serbuan kedua pula dilakukan di sebuah bengkel di Kangar, Perils pada pukul 10.50 malam dan telah menahan dua lelaki yang merupakan pemilik bengkel dan peserta perlumbaan.

Sumber: Kosmo

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2018 3.19 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM