
Article
Lima 2023 Pengarah Jlog Wakil Kpn Terima Kunjungan Delegasi Polis Asean
Bilik Kunjungan Hormat Ketua Polis Negara (KPN) terus menjadi tumpuan delegasi dari dalam dan luar negara untuk dikunjungi bagi sesi kunjungan hormat sempena P...
Langkawi, 24 Mei 2023 - Bilik Kunjungan Hormat Ketua Polis Negara (KPN) terus menjadi tumpuan delegasi dari dalam dan luar negara untuk dikunjungi bagi sesi kunjungan hormat sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa (LIMA) 2023, hari ini.
Kunjungan hormat pertama tadi daripada delegasi Singapore Police Force yang diketuai Director Police Logistic Department, SAC Teo Chor Leng dan delegasi Philippine National Police yang diketuai Officer-In-Charge, Directorate For Research and Development, Police Brigedier General Robert T. Gallardo.
Seusai selesai, Acting Director of Operation Department Royal Brunei Police, ACP Matusin Hj. Jumaat pula mengetuai delegasinya membuat kunjungan hormat ke atas Pengarah JLog.
Hadir sama, Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, DCP Mohd Nasri Omar, Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), SAC Suparamaniam Ramasamy dan Timbalan Pengarah (Kewangan, Perolehan dan Kepolisan Am) JLog Bukit Aman, SAC Shamsul Amar Ramli.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin























