Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lima 2023 Pengarah Pengurusan Tinjau Gerai Pameran Pdrm Di Rwl

Diterbitkan: 24 May 2023 4.56 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Lawatan beliau turut diiringi Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman, CP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid bersama Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (World Crime Life Bureau / Perisikan Siasatan Khas) Bukit Aman, SAC Mohammad Azlin Sadari.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lima-2023-pengarah-pengurusan-tinjau-gerai-pameran-pdrm-di-rwl
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:51 MYT
Langkawi, 25 Mei 2023 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Azmi Abu Kassim petang tadi melawat gerai pameran Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2023 bertempat di Resort World's Langkawi di sini.

Lawatan beliau turut diiringi Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman, CP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid bersama Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (World Crime Life Bureau / Perisikan Siasatan Khas) Bukit Aman, SAC Mohammad Azlin Sadari.

Yang turut mengiringi lawatan kerja Pengarah Pengurusan tadi ialah Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, ACP Zakaria Abdul Rahman dan Superintendan Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), Superintendan Loh Pey Pey.

Gerai pameran PDRM dibahagikan kepada lima segmen yang berlainan melibatkan aset daripada 69 Komando Pasukan Gerakan Khas, Pasukan Polis Marin, Unit Pengambilan Bukit Aman, Unit Persenjataan dari Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman serta kaunter semakan saman trafik oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

Bersempena LIMA edisi ke-16 kali ini, PDRM menerusi JSPT menawarkan diskaun saman trafik sehingga 50% bagi kesalahan-kesalahan jalan raya terpilih kepada orang awam yang mengunjungi pameran.

Di samping menyantuni para petugas PDRM di gerai pameran tersebut, Dato' Azmi sempat melawat Subtek Maritim PDRM yang ditempatkan di kawasan pameran sebelum menandatangani buku pelawat.

Terdahulu, orang ramai yang melawat ke kawasan pameran tadi turut dipertontonkan persembahan khas 'Tarian Perang' yang nyata memukau daripada Pegawai dan Anggota Batalion 3, Briged Utara Pasukan Gerakan Am.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid

May be an image of ‎6 people and ‎text that says '‎60 COMUNITY POLICING ۔SI PASUKAN PERSEKUTUAN LATIHAN CN M‎'‎‎

May be an image of 5 people and text that says 'DIRAJA AL MALAYSI MARITIME &AEROSPACE 23-27MEI 27MEI 202 ම'

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 4 people, dais and text that says 'PASUKAN POLIS MAI POLIS DIRAJA MALAYSIA SAFUAI AZIZ POLIS POLIS'

May be an image of 6 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 9 people

May be an image of 2 people

May be an image of 3 people and text

May be an image of 1 person and text that says 'LANGKAWI INTERNATIONAL MARITIME& AEROSPACE 2023 MARITIME SEGMENT LOHA DRM'

May be an image of 6 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 8 people and text that says 'ATRUA TAN SIASA DAN PEI TKUAS AYSIA TRAFIK HIWM'

May be an image of 8 people, ambulance and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 4 people and text that says 'TAN AAN LAYSIA BATAN SA ( AN DAN PEN DIRAJA 0/ KUASAAN TR SIA MARLINA CSPT NELISSA BAY'

May be an image of 9 people and text that says 'JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Selamat Datang Uπα'

May be an image of 3 people and text that says 'PASUL POLIS IS MARIN MALAYSIA A KAMAL POLIS AWIS A POLIS S 190'

May be an image of 2 people, helicopter and text that says 'NAVY'

May be an image of 2 people, helicopter and text that says 'BOMBA'

ArtikelDiterbitkan 24 May 2023 4.56 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM