Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lesen Bot Tamat Tempoh Tiga Lelaki Ditahan

Published: 18 Mar 2015 12.25 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Terengganu, 18 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga menahan seorang tekong bersama dua kru warga tempatan di Pulau Redang, di sini, petang semalam selepas didapati tidak memperbaharui lesen bot penumpang yang digunakan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lesen-bot-tamat-tempoh-tiga-lelaki-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:19 MYT

Kuala Terengganu, 18 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga menahan seorang tekong bersama dua kru warga tempatan di Pulau Redang, di sini, petang semalam selepas didapati tidak memperbaharui lesen bot penumpang yang digunakan.

Komander PPM Wilayah Tiga, ACP Azmi Ibrahim berkata, kesemua mereka ditahan dalam Operasi Paradise ketika sedang dalam perjalanan ke rumah peranginan di Pasir Panjang untuk menghantar 22 orang penumpang selepas selesai melakukan aktiviti snorkling.

“Pemeriksaan lanjut pihak polis mendapati lesen pada bot penumpang tersebut telah tamat tempoh dan ia merupakan satu kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar,1952.

“Kes diserahkan kepada Jabatan Laut Semenanjung Negeri Terengganu untuk tindakan lanjut,” jelas Azmi lagi.

Tambah Azmi, PPM Wilayah Tiga akan terus meningkatkan pemeriksaan ke atas bot-bot penumpang yang terlibat dengan aktiviti pelancongan bagi memastikan pengusaha bot sentiasa mematuhi undang-undang dan mengutamakan keselamatan pelancong dalam dan luar negara yang mengunjungi pulau-pulau di Pantai Timur.

​Lesen Bot Tamat Tempoh Tiga Lelaki Ditahan

ArticlePublished 18 Mar 2015 12.25 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM