Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tugas Sar Mengesan Kru Bot Jatuh Laut

Diterbitkan: 18 Mar 2015 12.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasir Gudang, 17 Mac - Pasukan Polis Marin (PPM) sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dipercayai terjatuh dari bot yang dinaiki berdekatan jeti pelabuhan Johor Port, tengah malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tugas-sar-mengesan-kru-bot-jatuh-laut
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:29 MYT
Pasir Gudang, 17 Mac - Pasukan Polis Marin (PPM) sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dipercayai terjatuh dari bot yang dinaiki berdekatan jeti pelabuhan Johor Port, tengah malam tadi.

Mangsa, Taring anak Rugin berumur 19 tahun yang berasal dari Sarawak dikatakan terjatuh ke dalam laut ketika sedang mengikat tali di belakang bot setelah selesai melakukan kerja-kerja di sebuah kapal berhampiran jeti.

Menurut Mohamed Kundor, 80, saksi yang juga tekong bot ketika berada di tempat kejadian berkata, jam lebih kurang 11.00 malam dia bersama mangsa dalam sebuah bot telah merapati jeti pelabuhan Johor Port setelah selesai melakukan kerja-kerja di kapal BT2.

"Masa sampai di jeti, Turin berada di depan bot untuk mengikat tali, selepas itu dia pergi ke bahagian belakang bot untuk tujuan yang sama.

"Saya yang berada di dalam bot lihat tali bot belakang belum lagi di ikat dan pergi ke belakang namun Turin tidak kelihatan.

"Saya cuba mencari-cari dia sekitar bot namun tidak jumpa lalu meminta bantuan polis pelabuhan, tambah beliau lagi.

Komander PPM Wilayah 2 ACP Paul Khiu Khon Chiang pihaknya telah menghantar sebuah bot ronda PSC 48 untuk menjalankan SAR dan dibantu pihak bomba penyelamat.

"Sehingga sekarang mangsa masih belum dijumpai. Tugas SAR dihentikan pada 6.30 petang tadi dan akan diteruskan pada pagi esok, "tambahnya lagi.
Tugas Sar Mengesan Kru Bot Jatuh Laut
ArtikelDiterbitkan 18 Mar 2015 12.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM