Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kesan Lebam Patah Dan Jangkitan Kuman Pada Otak Mayat Bayi

Diterbitkan: 03 May 2015 10.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Alor Setar, 3 Mei - Hasil bedah siasat mendapati beberapa kesan lebam dan patah pada badan bayi lelaki berusia lapan bulan yang meninggal dunia petang semalam (2 Mei) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kesan-lebam-patah-dan-jangkitan-kuman-pada-otak-mayat-bayi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:36 MYT


Alor Setar, 3 Mei - Hasil bedah siasat mendapati beberapa kesan lebam dan patah pada badan bayi lelaki berusia lapan bulan yang meninggal dunia petang semalam (2 Mei) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya berkata pakar forensik mendapati kesan lebam pada bahagian kepala, muka, lengan, kaki dan belakang badan.

Terdapat juga kesan patah pada tulang selangka kiri dan tulang lengan selain jangkitan kuman pada selaput otak dan otak bengkak, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kecederaan yang dialami bayi itu dipercayai akibat kontek dengan benda tumpul sama ada disebabkan hentakan kecil atau terjatuh dan punca kematian masih disiasat.

Mohd Nashir berkata kedua-dua suspek, wanita berumur 30 tahun, dan lelaki, 40, yang juga ibu bapa angkat kepada bayi tersebut, direman bermula hari ini hingga 9 Mei bagi membantu siasatan.

Mereka tinggal di Taman Rasa Sayang, Jitra.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 03 May 2015 10.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM