Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Terlibat Kegiatan Pecah Cermin Kereta Samun Diberkas

Published: 18 Dec 2017 8.16 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Bukit Mertajam, 18 Dis 2017 - Polis menahan seorang lelaki yang terlibat dalam kegiatan pecah cermin kereta sebelum melarikan barangan berharga yang ditinggalkan di dalam kenderaan berkenaan di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT), di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-terlibat-kegiatan-pecah-cermin-kereta-samun-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:16 MYT


Bukit Mertajam, 18 Dis 2017 - Polis menahan seorang lelaki yang terlibat dalam kegiatan pecah cermin kereta sebelum melarikan barangan berharga yang ditinggalkan di dalam kenderaan berkenaan  di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT), di sini semalam.

Ketua Polis Daerah SPT ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata suspek  berusia 23 tahun itu ditahan oleh orang ramai di sebuah stesen minyak berhampiran hentian Rehat dan Rawat Lebuhraya Butterworth Kulim(BKE), di Kubang Semang di sini kira-kira  8.15 pagi semalam.

Katanya lelaki itu ditangkaps selepas dia memecahkan cermin kereta milik seorang wanita sebelum melarikan beg tangan mangsa berusia 23 tahun berkenaan.

"Dalam kejadian itu, suspek itu telah memecahkan cermin kereta sebelah pemandu dan mengambil beg tangan mangsa yang berada di tempat duduk sebelum cuba melarikan diri. Mangsa yang nampak kejadian tersebut terus menjerit meminta tolong," katanya di sini hari ini.

Nik Ros Azhan berkata orang ramai yang terdengar jeritan wanita itu bertindak menahan lelaki berkenaan dan berlaku pergelutan sebelum suspek berjaya ditangkap berhampiran semak bersebelahan stesen minyak tersebut.

Beliau berkata lelaki yang mempunyai 10 rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah selain positif dadah itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan. - BERNAMA

ArticlePublished 18 Dec 2017 8.16 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM