Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Tempatan Samun Cederakan Pekerja Asing Ditahan

Published: 09 Aug 2015 4.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang suspek lelaki tempatan ditahan polis berhubung kes menyamun dan mencederakan seorang pekerja asing di sebuah pondok di tanah perkuburan di kawasan Sungai Merah, di sini petang semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-tempatan-samun-cederakan-pekerja-asing-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:31 MYT

Sibu, 10 Ogos - Seorang suspek lelaki tempatan ditahan polis berhubung kes menyamun dan mencederakan seorang pekerja asing di sebuah pondok di tanah perkuburan di kawasan Sungai Merah, di sini petang semalam.

Suspek berumur lingkungan 20-an itu ditahan malam tadi di rumahnya di belakang Balai Polis Sungai Merah dan polis menemukan dompet dan telefon bimbit milik mangsa.

Mangsa yang enggan menyerahkan duitnya dikatakan telah melawan suspek yang bersenjatakan sebilah pisau.

Mangsa yang ditemukan dalam keadaan terbaring di lantai berlumuran darah dengan kesan tikaman di bahagian perut dan dada dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Mohd Kamal Kordi ketika dihubungi mengesahkan kes dan penahanan suspek.

Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan. - BERNAMA

ArticlePublished 09 Aug 2015 4.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM