Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Tempatan Ditahan Kerana Miliki Dadah Di Pantai Rekreasi Labuan

Published: 03 Dec 2014 11.58 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Labuan, 3 Dis - Seorang lelaki tempatan ditahan di pantai rekreasi di Jalan Pancur Hitam di sini, pada awal pagi, kerana disyaki memiliki dadah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-tempatan-ditahan-kerana-miliki-dadah-di-pantai-rekreasi-labuan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:38 MYT
Labuan, 3 Dis - Seorang lelaki tempatan ditahan di pantai rekreasi di Jalan Pancur Hitam di sini, pada awal pagi, kerana disyaki memiliki dadah.

Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata lelaki berusia 32 tahun itu  bersendirian di dalam keretanya ketika diserbu anggota peronda polis kira-kira pukul 1 pagi.

"Apabila diperiksa, didapati terdapat enam paket di dalam kotak kecil yang mengandungi bahan seperti kristal dipercayai syabu bersamanya," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata lelaki berkenaan kini ditahan sementara menunggu perintah reman daripada mahkamah untuk siasatan lanjut.- BERNAMA
ArticlePublished 03 Dec 2014 11.58 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM