Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Dua Lelaki Rampas 6kg Syabu Di Lahad Datu

Diterbitkan: 03 Dec 2014 12.02 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Lahad Datu, 3 Dis - Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga asing dan merampas dadah syabu seberat lebih 6 kilogram dengan anggaran nilai RM1.2 juta di KM 2 Jalan Tungku-Lahad Datu, dekat sini Sabtu lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-dua-lelaki-rampas-6kg-syabu-di-lahad-datu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:05 MYT
Lahad Datu, 3 Dis - Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga asing dan merampas dadah syabu seberat lebih 6 kilogram dengan anggaran nilai RM1.2 juta di KM 2 Jalan Tungku-Lahad Datu, dekat sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata kedua-dua suspek yang berumur 43 dan 33 tahun itu ditahan pada 1.15 pagi, ketika sedang dalam perjalanan dari Tungku ke bandar Lahad Datu.
"Pemeriksaan terhadap kenderaan yang dinaiki suspek mendapati terdapat sebuah beg plastik besar cerah disembunyikan di bawah tempat duduk belakang.

Apabila diperiksa di dalam beg tersebut mengandungi satu bungkusan plastik lut sinar berisi dadah disyaki syabu.

Setelah pemeriksaan lanjut, kami turut menemui satu bungkusan plastik lut sinar berisi bahan hablur disyaki syabu dan satu lagi bungkusan lut sinar dipercayai syabu yang masing-masing disembunyikan di dalam peti alatan sebelah kanan dan kiri bawah tempat duduk belakang, katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Hamzah berkata siasatan mendapati dadah tersebut untuk dipasarkan di Sabah.
Kedua-dua suspek ditahan reman seminggu bermula Sabtu lepas bagi siasatan lanjut, katanya.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 03 Dec 2014 12.02 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM