Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Telan Dadah Ditahan

Published: 11 Jul 2014 2.25 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang lelaki warga Afrika ditahan di Balai Polis Pudu selepas dia didapati bersalah menelan sejumlah dadah yang cuba diseludup masuk ke dalam negara, bulan lalu...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-telan-dadah-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:01 MYT

LELAKI TELAN DADAH DITAHAN

Kuala Lumpur, 8 Julai - Seorang lelaki warga Afrika ditahan di Balai Polis Pudu selepas dia didapati bersalah menelan sejumlah dadah yang cuba diseludup masuk ke dalam negara, bulan lalu.

Pihak polis turut merampas 22 ketul dadah syabu seberat 243 gram dalam sampul surat yang dibawa suspek.

Suspek kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan melalui beberapa prosedur untuk mengeluarkan kapsul-kapsul dadah yang ditelan dan pihak polis telah memperoleh sebanyak 51 ketulan syabu seberat 585 gram daripada suspek.

Jumlah rampasan dadah adalah seberat 828 gram dan dianggarkan bernilai RM124,200.

Suspek ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan siasatan lanjut bagi mendapatkan maklumat ahli dan sindiket pengedaran dadah yang terlibat.

ArticlePublished 11 Jul 2014 2.25 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM