Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lelaki Tawar Khidmat Seks Dipenjara Enam Bulan

Diterbitkan: 18 Jun 2014 1.35 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.41 PM
Kuala Lumpur, 25 Sept - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada seorang pegawai polis dan ga..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-tawar-khidmat-seks-dipenjara-enam-bulan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:40 MYT

Kuala Lumpur, 25 Sept - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada seorang pegawai polis dan gagal menunjukkan kad pengenalan.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan memutuskan Raizi Toran, 20, dijatuhi hukuman penjara empat bulan bagi kesalahan menawarkan khidmat seks dan penjara dua bulan bagi kesalahan gagal menunjukkan kad pengenalan.

Bagaimanapun, Raizi hanya perlu menjalani hukuman penjara empat bulan selepas mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap, semalam.

Raizi, berbaju T kelabu dan seluar merah ketat didakwa menawarkan khidmat seks kepada seorang pegawai polis di Lorong Haji Taib 3 di sini pada 6.30 petang semalam mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Dia juga didakwa gagal menunjukkan kad pengenalan atau sebarang dokumen pengenalan sementara mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 di tempat dan pada masa yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Nom Phot Prackdit manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
 
Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 1.35 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.41 PM