Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Serang Balai Polis Dengan Parang Ditahan

Published: 27 Dec 2017 9.29 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Permatang Pauh, 27 Disember 2017 - Balai Polis Seberang Jaya di sini kecoh semalam apabila seorang lelaki membuat kecoh termasuk mengacukan parang kepada petugas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-serang-balai-polis-dengan-parang-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 04:06 MYT


Permatang Pauh, 27 Disember 2017 - Balai Polis Seberang Jaya di sini kecoh semalam apabila seorang lelaki membuat kecoh termasuk mengacukan parang kepada petugas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Hamid berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang itu, suspek yang berusia 40 tahun membawa sebilah parang panjang dan menjerit ke arah seorang anggota polis wanita yang bertugas di kaunter.

Ujarnya, lelaki berkenaan kemudian melarikan diri dengan menaiki motosikal selepas seorang anggota polis lelaki cuba menahannnya.

“Lelaki yang disyaki mempunyai masalah mental ini telah ditahan di rumahnya di Seberang Jaya kira -kira pukul 9.30 malam tadi dan kini direman selama empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

ArticlePublished 27 Dec 2017 9.29 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM