Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Serang Anggota Polis Dengan Pisau Diberkas

Published: 01 Sep 2016 3.11 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kesalahan dadah bertindak menyerang anggota polis menggunakan sebilah pisau dalam satu serbuan di rumahnya di Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang di sini kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-serang-anggota-polis-dengan-pisau-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:36 MYT
Seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kesalahan dadah bertindak menyerang anggota polis menggunakan sebilah pisau dalam satu serbuan di rumahnya di Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang di sini kelmarin. 

Operasi Op Ambang Merdeka yang dijalankan kira-kira pukul 11.30 malam itu membabitkan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seborang Perai Tengah. Semasa serbuan, suspek bcrusia 38 itu berada di ruang tamu rumahnya. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, anggota polis bertindak memasuki ke rumah suspek yang semasa itu pintu dalam keadaan tidak berkunci. 

"Pemeriksaan badan dilakukan ke atas suspek sebaik anggota memperkenalkan diri dan dia (suspek) secara tiba-tiba telah mengeluarkan sebilah pisau sepanjang tujuh inci yang diselit di pinggang seluar.

"Suspek cuba melibas pisau ke arah anggota dan telah berlaku pergelutan semasa anggota kita hendak merampas senjata yang dipegang suspek," katanya di sini semalam.

Sumber : Kosmo

Lelaki Serang Anggota Polis Dengan Pisau Diberkas
ArticlePublished 01 Sep 2016 3.11 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM