Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sambutan Hari Kebangsaan Ke 59

Diterbitkan: 31 Aug 2016 9.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Sambutan Hari Kebangsaan Ke-59 yang bertemakan ‘Sehati Sejiwa’ berlangsung dengan penuh meriah dan semangat patriotisme di Dataran Merdeka, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sambutan-hari-kebangsaan-ke-59
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:30 MYT



Kuala Lumpur, 31 Ogos 2016 - Sambutan Hari Kebangsaan Ke-59 yang bertemakan ‘Sehati Sejiwa’ berlangsung dengan penuh meriah dan semangat patriotisme di Dataran Merdeka, di sini, pagi tadi.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak terkecuali dari turut serta dalam upacara perbarisan dengan beberapa 'detachment' beruniform dan 'detachment' aset.

Perbarisan PDRM kali ini dilengkapi dengan kekuatan seramai 1859 yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Kanan, pegawai rendah dan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP).

PDRM telah mempersembahkan ‘Wow Factor’ yang menggambarkan kes penyeludupan senjatapi yang dihasilkan bersama Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Unit Anjing Pengesan (K9), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Polis Marin (PPM), Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

Upacara perbarisan juga turut disertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).


Sambutan Hari Kebangsaan Ke 59
Sekitar keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah

Sambutan Hari Kebangsaan Ke 59
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mencemar duli memeriksa Barisan Kawalan Kehormatan 

Sambutan Hari Kebangsaan Ke 59
Sekitar upacara di pentas utama

Sambutan Hari Kebangsaan Ke 59
Sekitar upacara berlangsung

Sambutan Hari Kebangsaan Ke 59
Persembahan demonstrasi oleh Polis Diraja Malaysia

Sambutan Hari Kebangsaan Ke 59
Persembahan demonstrasi oleh Polis Diraja Malaysia

Sambutan Hari Kebangsaan Ke 59
Sekitar upacara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2016, Detachment Persatuan Keluarga Polis (PERKEP)

Sambutan Hari Kebangsaan Ke 59
Antara barisan kepimpinan PDRM yang hadir di upacara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2016

Sambutan Hari Kebangsaan Ke 59
Sekitar upacara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2016, Detachment beruniform dan Detachment aset PDRM

Sambutan Hari Kebangsaan Ke 59
Sekitar upacara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2016, Detachment beruniform dan Detachment aset PDRM

Sambutan Hari Kebangsaan Ke 59Antara Pegawai Kanan Polis yang hadir 

ArtikelDiterbitkan 31 Aug 2016 9.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM