Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lelaki Miliki Dadah Bernilai Rm15 000 Ditahan

Diterbitkan: 18 Jun 2014 2.06 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.40 PM
Batu Gajah, 7 Okt - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah di kawasan Perak Tengah dengan penahanan seorang lelaki dan merampas dadah bernilai RM15,000 di Jalan Changkat Tin, Kampung Gajah, dekat..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-miliki-dadah-bernilai-rm15-000-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:26 MYT

Batu Gajah, 7 Okt - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah di kawasan Perak Tengah dengan penahanan seorang lelaki dan merampas dadah bernilai RM15,000 di Jalan Changkat Tin, Kampung Gajah, dekat sini dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Shaharon Anuar Abdul Latif berkata suspek berumur 23 tahun itu ditahan dalam sekatan jalan raya di lokasi itu pada 1.30 pagi selepas dadah itu ditemui di dalam kereta Proton Gen 2 yang dipandunya.

"Pada mulanya suspek mengaku tidak mempunyai lesen memandu ketika sekatan jalan raya dilakukan namun anggota polis mendapati gelagat lelaki itu dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan rapi kemudian dilakukan ke atas kenderaan itu.

"Polis menemui lima paket plastik dadah jenis heroin anggaran berat 12 gram, lima paket plastik dadah jenis syabu seberat 7.6 gram dan satu plastik hitam mengandungi dadah jenis heroin seberat 500 gram," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya siasatan awal mendapati lelaki itu mengaku mendapat bekalan dadah dari Simpang Pulai, Ipoh untuk dihantar kepada pengedar di sekitar kawasan Perak Tengah selain untuk kegunaan sendiri.

Shaharon Anuar berkata lelaki terbabit turut disahkan positif dadah selain dikehendaki polis kerana terlibat dalam beberapa kes berkaitan dadah.

Beliau berkata suspek yang juga seorang penganggur kini direman tujuh hari bermula Sabtu lepas untuk siasatan lanjut. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 2.06 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.40 PM