Lelaki Miliki Dadah Bernilai Rm15 000 Ditahan
Batu
Gajah, 7 Okt - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah di kawasan
Perak Tengah dengan penahanan seorang lelaki dan merampas dadah bernilai
RM15,000 di Jalan Changkat Tin, Kampung Gajah, dekat sini dua hari
lepas.
Ketua
Polis Daerah Batu Gajah ACP Shaharon Anuar Abdul Latif berkata suspek
berumur 23 tahun itu ditahan dalam sekatan jalan raya di lokasi itu pada
1.30 pagi selepas dadah itu ditemui di dalam kereta Proton Gen 2 yang
dipandunya.
"Pada
mulanya suspek mengaku tidak mempunyai lesen memandu ketika sekatan
jalan raya dilakukan namun anggota polis mendapati gelagat lelaki itu
dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan rapi kemudian dilakukan ke
atas kenderaan itu.
"Polis
menemui lima paket plastik dadah jenis heroin anggaran berat 12 gram,
lima paket plastik dadah jenis syabu seberat 7.6 gram dan satu plastik
hitam mengandungi dadah jenis heroin seberat 500 gram," katanya kepada
pemberita di sini hari ini.
Katanya
siasatan awal mendapati lelaki itu mengaku mendapat bekalan dadah dari
Simpang Pulai, Ipoh untuk dihantar kepada pengedar di sekitar kawasan
Perak Tengah selain untuk kegunaan sendiri.
Shaharon
Anuar berkata lelaki terbabit turut disahkan positif dadah selain
dikehendaki polis kerana terlibat dalam beberapa kes berkaitan dadah.
Beliau berkata suspek yang juga seorang penganggur kini direman tujuh hari bermula Sabtu lepas untuk siasatan lanjut.
Sumber : BERNAMA