Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Miliki 72kg Daun Ketum Ditahan Selepas Kereta Terbaba

Published: 16 Jun 2014 3.00 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Gelagat mencurigakan seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan ketika bercakap dengan anggota polis membawa kepada penemuan 14 guni daun ketum seberat 72 kilogram..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-miliki-72kg-daun-ketum-ditahan-selepas-kereta-terbaba
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:50 MYT
KUALA TERENGGANU, 23 Dis (Bernama)

Gelagat mencurigakan seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan ketika bercakap dengan anggota polis membawa kepada penemuan 14 guni daun ketum seberat 72 kilogram.

Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu ASP Abdul Hamid Ahmad berkata kemalangan berlaku pada kira-kira pukul 11 pagi Khamis apabila kereta Proton Waja yang dipandu lelaki berumur 37 tahun itu terbabas ke dalam parit di Jalan Kampung Langkap.

Beliau berkata polis yang mendapat maklumat mengenai kemalangan bergegas ke tempat kejadian namun sikap lelaki itu yang mencurigakan ketika menjawab pertanyaan polis menyebabkan polis membuat pemeriksaan lanjut.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui 14 guni daun ketum bernilai kira-kira RM2,600 yang disembunyikan di dalam semak tidak jauh dari tempat kereta itu terbabas," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Abdul Hamid berkata polis menahan lelaki yang berasal daripada Pasir Mas, Kelantan untuk siasatan lanjut, dan siasatan siasatan awal mendapati daun ketum itu dibawa dari Kedah untuk diproses dan dijual di sekitar daerah Setiu.

Beliau berkata ia merupakan rampasan daun ketum terbesar di daerah Setiu tahun ini, dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
ArticlePublished 16 Jun 2014 3.00 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM