Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pusat Hiburan Diserbu Buat Kali Ke 22 Tahun Ini

Diterbitkan: 16 Jun 2014 2.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menahan 23 pelayan pelanggan (GRO) warga China dan seorang warga Vietnam dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Persiaran Gurney di sini Khamis malam..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pusat-hiburan-diserbu-buat-kali-ke-22-tahun-ini
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:56 MYT
GEORGE TOWN, 24 Dis (Bernama)

Polis menahan 23 pelayan pelanggan (GRO) warga China dan seorang warga Vietnam dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Persiaran Gurney di sini Khamis malam.

Ketua Polis Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata pusat hiburan itu jelas tidak serik-serik menjalankan kegiatan tidak bermoral walaupun sudah 21 kali diserbu polis tahun ini.

Beliau berkata dalam serbuan Ops Noda pada kira-kira pukul 11 malam itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga pusat hiburan berkenaan.

Katanya semua mereka yang dipercayai tidak mempunyai permit kerja yang sah di samping menyalahguna pas lawatan sosial untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral.

Menurutnya semua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 39B Peraturan Imigresen dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Bercakap kepada pemberita di sini Jumaat, Gan berkata pemilik premis itu pula akan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen iaitu menggaji dan melindungi warga asing bekerja tanpa permit.
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 2.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM