Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Menyamar Polis Tipu Kontraktor Dicekup Di Tawau

Published: 16 Jun 2014 2.48 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
TAWAU, 28 Okt (Bernama) -- Seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis ditahan di sini Rabu, selepas memperdaya seorang kontraktor pada Selasa lepas...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-menyamar-polis-tipu-kontraktor-dicekup-di-tawau
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:50 MYT

TAWAU, 28 Okt (Bernama) -- Seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis ditahan di sini Rabu, selepas memperdaya seorang kontraktor pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Ibrahim Chin berkata lelaki berusia 35 tahun itu yang bekerja di sebuah syarikat swasta ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi hasil laporan polis yang dibuat oleh kontraktor tersebut.

"Lelaki itu yang mengenali kontraktor berkenaan menerusi seorang kawan memperkenalkan dirinya sebagai pegawai kanan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah.

"Dia kemudian menjanjikan kontrak kerajaan kepada kontraktor tersebut dengan syarat kontraktor itu membayar imbuhan sebanyak RM1,500 kepadanya," kata beliau kepada pemberita, di sini Khamis.

Katanya kontraktor itu yang percaya dengan helah lelaki tersebut telah memberi wang pendahuluan sebanyak RM1,000, namun berasa curiga apabila lelaki berkenaan tidak dapat dihubungi sejak pertemuan mereka lalu membuat laporan polis.

Hasil siasatan, lelaki tersebut berjaya ditahan dan pemeriksaan mendapati dia juga positif dadah jenis syabu, kata beliau.

ArticlePublished 16 Jun 2014 2.48 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM