Lelaki Menyamar Pegawai Polis Berjaya Ditangkap Di Sibu
Sebelum tangkapan, seorang penganggur berjumpa dengan suspek dan memberitahunya bahawa dia boleh membantunya untuk mencari pekerjaan sebagai anggota polis tanpa melalui proses temu duga dan sebagainya.
Suspek bagaimanapun memberitahunya bahawa dia hanya perlu membayar RM250 bagi membolehkannya menguruskan pemohonan untuk mendapat kelulusan yang cepat.
Teruja dengan peluang tersebut, pengadu memberitahu ibu bapanya mengenai perkara tersebut.
Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, ibu bapa pengadu memberitahu anak mereka bahawa itu hanya satu penipuan.
Tanpa teragak-agak
kedua-dua ibu bapa pengadu membawa anak mereka untuk membuat laporan
polis mengenai pegawai yang berpangkat ASP tersebut.
Bertindak daripada
maklumat, sepasukan polis meminta pengadu membuat temu janji dengan
suspek di sebuah pusat membeli-belah di Jalan Kampung Nyabor pada jam 4
petang kelmarin.
Sebaik sahaja suspek muncul
untuk berjumpa dengan pengadu, pasukan polis bertindak menahan suspek
berumur 24 tahun untuk tindakan lanjut.
Siasatan awal polis mendapati suspek telah bergiat aktif melakukan penipuan seumpamanya sejak 2008.
Suspek berbangsa Iban itu pernah terlibat dalam beberapa kes termasuk kes curi dan kes tipu di Kanowit sebelum ini.
Suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan.
Sumber:Utusan Borneo