Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Menyamar Pegawai Kerajaan Dicekup

Published: 19 Jun 2014 2.49 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ipoh, 12 Mac - Kelicikan seorang lelaki menyamar sebagai pegawai kerajaan dan disyaki terbabit dengan tujuh kes penipuan sejak empat tahun lain melibatkan kerugian kira-kira RM75,640 berakhir apabila ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-menyamar-pegawai-kerajaan-dicekup
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:49 MYT

Ipoh, 12 Mac - Kelicikan seorang lelaki menyamar sebagai pegawai kerajaan dan disyaki terbabit dengan tujuh kes penipuan sejak empat tahun lain melibatkan kerugian kira-kira RM75,640 berakhir apabila suspek diberkas, semalam.

Lelaki berusia 50 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan tetap itu ditahan pada pukul 9.45 malam di sebuah kedai makan di Taman Rasi Jaya, Menglembu dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perak, Supritendan Maszely Minhad berkata, suspek yang berasal dari negeri ini dipercayai terbabit dalam enam kes penipuan tender di Perak dan satu kes di Kelantan.

Polis turut merampas dua keping kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM), dua keping buku bank dan sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk menipu.

Lelaki Menyamar Pegawai Kerajaan Dicekup
Sumber : Keratan Akhbar Utusan Malaysia

ArticlePublished 19 Jun 2014 2.49 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM