Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Menyamar Anggota Polis Ditahan Di Bukit Kayu Hitam

Published: 10 Apr 2015 12.07 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bukit Kayu Hitam, 9 April - Polis menahan seorang lelaki berumur 46 tahun yang menyamar sebagai anggota polis di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK), di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-menyamar-anggota-polis-ditahan-di-bukit-kayu-hitam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 07:57 MYT


Bukit Kayu Hitam, 9 April - Polis menahan seorang lelaki berumur 46 tahun yang menyamar sebagai anggota polis di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK), di sini, semalam.

Timbalan Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara ACP Khaw Kok Chin berkata, dalam kejadian 2 petang itu, lelaki itu mengaku sebagai anggota polis berpangkat koperal dan bertugas di Kuala Lumpur.

"Suspek yang memandu kereta mewah itu turut mempamerkan kad kuasa polis yang dipercayai palsu bagi mengelak ditahan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Khaw berkata hasil siasatan anggotanya mendapati suspek mempunyai isteri di negara jiran dan kerap berulang-alik ke negara jiran itu.

BERNAMA

ArticlePublished 10 Apr 2015 12.07 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM