Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lelaki Maut Dirempuh Kenderaan Di Bahu Jalan Ketika Masukkan Muatan Ke Dalam Lori

Diterbitkan: 18 Jul 2016 6.26 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.25 PM
Sarikei, 18 Julai - Seorang pemandu lori maut ketika sedang memasukkan muatan ke dalam lori di bahu jalan, selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai hilang kawalan di KM432 Jalan Betong-Sarikei-Meradong dekat sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-maut-dirempuh-kenderaan-di-bahu-jalan-ketika-masukkan-muatan-ke-dalam-lori
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 17:18 MYT
Sarikei, 18 Julai - Seorang pemandu lori maut ketika sedang memasukkan muatan ke dalam lori di bahu jalan, selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai hilang kawalan di KM432 Jalan Betong-Sarikei-Meradong dekat sini, semalam. 

Mangsa Lawrine Anak Song, 47, berasal dari RPR Tanjung Kidurong Fasa 2, Tanjung Kidurong, Bintulu, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Sarikei.

Dalam kejadian 3 petang itu, mangsa yang berdiri di bahu jalan sedang menyusun semula muatan barangan ke dalam lori dipandunya selepas terlibat dalam kemalangan kendiri di jalan tersebut sebelum dirempuh kenderaan pacuan empat roda tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah, Superintenden Mat Jusoh Muhammad, kelindan Mohammad Aidil Malek, 22, yang berada di atas lori tersebut ternampak kenderaan pacuan empat roda datang dari arah Sebangkoi dalam keadaan berpusing-pusing
sebelum merempuh mangsa.

Katanya, keadaan jalan agak basah dan licin akibat hujan renyai-renyai dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 18 Jul 2016 6.26 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.25 PM