Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan Pdrm
Kuala Lumpur, 18 Julai- Deputi Komisioner Polis (DCP), Dato’ Abdul Manan Mhd Hassan hari ini secara rasminya menyandang jawatan selaku Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu majlis serah terima tugas di Cawangan Latihan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, petang Jumaat lalu.
Dato’ Abdul Manan Mhd Hassan yang sebelum ini bertugas selaku Ketua Pengarah Unit Perlindungan Saksi, Jabatan Perdana Menteri menerima tugas baharu tersebut daripada DCP Dato’ Hj. Mohd Fuad Abdul Latiff akan menggalas tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Selangor.
Beliau pada itu juga turut merakamkan penghargaan ke atas segala sumbangan Dato’ Hj. Mohd Fuad dalam Jabatan Pengurusan dan mengalu-alukan kehadiran Dato’ Abdul Manan ke dalam Jabatan Pengurusan PDRM.
Hadir sama di majlis tersebut, Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagaian Dasar Sumber Manusia), DCP Hajjah Fatimah Abdul Hamid, barisan kepimpinan Jabatan Pengusan, Komandan Pusat Latihan PDRM dan pegawai kanan.
Sekitar Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di antara DCP Dato’ Hj. Mohd Fuad Abdul Latiff dan DCP Dato’ Abdul Manan Mhd Hassan
Sekitar Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di antara DCP Dato’ Hj. Mohd Fuad Abdul Latiff dan DCP Dato’ Abdul Manan Mhd Hassan