Lelaki Kudung Didakwa Memiliki Dadah Jenis Syabu
Seorang lelaki kudung kedua belah kaki dan tangan kiri mengaku memiliki lima biji pil syabu ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kota Bharu semalam.
Tertuduh, Mohd. Nor Khairuzani Nordin, 42, yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) membuat pengakuan berkenaan selepas anggota polis mengangkat Mohd. Nor yang kudung kedua belah kakj dan tangan kiri yang didakwa memiliki lima biji pil syabu semalam.
Mengikut pertuduhan, Mohd. Nor didakwa memiliki lima biji pil methamphelamine atau syabu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kua, Repot, Bachok dekat sini pada pukul 1.55 pagi, 14 Mei lalu.
Sumber: Kosmo