Artikel
30 Remaja Terlibat Lumba Haram Di Kedah Ditahan
Keseronokan sekumpulan remaja berlumba haram tidak bertahan lama apabila ditahan polis dalam Operasi Cegah Lumba Haram di Jalan Padang Gelam Mukim Naga, di Jit...
Keseronokan sekumpulan remaja berlumba haram tidak bertahan lama apabila ditahan polis dalam Operasi Cegah Lumba Haram di Jalan Padang Gelam Mukim Naga, di Jitra kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt. Abd Rahim Abdullah berkata, dalam operasi kira-kira jam 630 petang itu, pihaknya menahan seramai 30 individu disyaki terlibat dengan aktiviti lumba haram itu.
Sebanyak 36 saman dikeluarkan dan sebuah motorsikal yang diubahsuai turut disita dalam operasi berkenaan.
Sumber: Sinar Harian