Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Indonesia Miliki Syabu Rm1 Juta

Published: 17 Jun 2014 1.22 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
PULAU PINANG 16 Ogos - Seorang lelaki warga Indonesia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang semalam kerana cuba menyeludup masuk empat kilogram dadah jenis syabu bernilai RM1 juta ke n..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-indonesia-miliki-syabu-rm1-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:42 MYT

PULAU PINANG 16 Ogos - Seorang lelaki warga Indonesia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang semalam kerana cuba menyeludup masuk empat kilogram dadah jenis syabu bernilai RM1 juta ke negara ini.

Suspek yang berusia 34 ditahan sebaik sahaja tiba di lapangan terbang ini pada pukul 5.40 petang menaiki pesawat dari Mali, Afrika yang transit di Singapura.

Hasil pemeriksaan ke atas bagasi yang dibawa suspek, polis menemui satu bungkusan berwarna coklat berisi syabu disembunyikan di bawah pakaian miliknya.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, ini merupakan kali keempat suspek memasuki Pulau Pinang sepanjang tahun ini dan polis sedang menyiasat sama ada dia melakukan jenayah sama sebelum ini.

"Kita juga akan menyiasat dalang di sebalik penyeludupan ini dan tempoh mereka beroperasi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dadah yang dirampas dipercayai untuk diedar di sekitar negeri ini dan suspek kini direman sehingga 22 Ogos depan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Menurut Abdul Rahim, pihaknya percaya kawalan ketat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyebabkan sindiket pengedaran dadah mencari laluan masuk yang baru.

ArticlePublished 17 Jun 2014 1.22 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM