Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Ditahan Miliki Senjata

Published: 11 Jan 2015 4.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan seorang lelaki berusia 45 tahun kerana disyaki memiliki pelbagai senjata berbahaya dan tiruan dalam satu serbuan di Taman Yayasan, Segamat, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-ditahan-miliki-senjata
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:54 MYT

Johor Bahru 12 Jan. - Polis menahan seorang lelaki berusia 45 tahun kerana disyaki memiliki pelbagai senjata berbahaya dan tiruan dalam satu serbuan di Taman Yayasan, Segamat, kelmarin. 

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, suspek ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis pada pukul 12.30 malam. 

Turut dirampas adalah selaras senapang angin buatan sendiri, dua laras senapang tiruan, sepucuk pistol tiruan, lima pedang samurai dan masing-masing satu alat renjatan elektrik, gari, buku lima serta bilah pembaling bintang. 

"Polis akan menjalankan siasatan dari segenap sudut termasuk kemungkinan barangan rampasan itu digunakan untuk melakukan jenayah " katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini. 

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Sumber: Akhbar Utusan Malaysia

Lelaki Ditahan Miliki Senjata

ArticlePublished 11 Jan 2015 4.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM