Shah Alam - Berbekalkan alasan mahu pergi kenduri, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun sanggup menipu ibunya semata-mata mahu ke bandar untuk merempit pada malam minggu.
Bagaimanapun, keseronokan remaja lelaki yang memakai seluar sekolah dan berasal dari Banting itu terbantut apabila ditahan bersama 50 penunggang motosikal lain dalam Operasi Samseng Jalanan, di sini, awal pagi semalam.
Hasil soal siasat terhadapnya mendapati remaja berkenaan hanya memaklumkan ibunya mahu pergi kenduri di Shah Alam sedangkan beliau datang untuk berkumpul bersama rakannya.
Sumber: Harian Metro