Article
Lelaki Ditahan Miliki Senjata 20150113
Johor Bahru 12 Jan. - Polis menahan seorang lelaki berusia 45 tahun kerana disyaki memiliki pelbagai senjata berbahaya dan tiruan dalam satu serbuan di Taman Y...
LELAKI DITAHAN MILIKI SENJATA
Johor Bahru 12 Jan. - Polis menahan seorang lelaki berusia 45 tahun kerana disyaki memiliki pelbagai senjata berbahaya dan tiruan dalam satu serbuan di Taman Yayasan, Segamat, kelmarin.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, suspek ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis pada pukul 12.30 malam.
Turut dirampas adalah selaras senapang angin buatan sendiri, dua laras senapang tiruan, sepucuk pistol tiruan, lima pedang samurai dan masing-masing satu alat renjatan elektrik, gari, buku lima serta bilah pembaling bintang.
"Polis akan menjalankan siasatan dari segenap sudut termasuk kemungkinan barangan rampasan itu digunakan untuk melakukan jenayah " katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.
Beliau berkata, siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960.
Sumber: Akhbar Utusan Malaysia