Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Tiga Individu Disyaki Terlibat Lapan Kes Pecah Rumah

Diterbitkan: 13 Jan 2015 7.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tuaran, 13 Jan - Polis menahan tiga individu termasuk sepasang suami isteri, berumur antara 30 hingga 40 tahun yang dipercayai terlibat dalam lapan kes pecah rumah di sekitar daerah Tuaran.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-tiga-individu-disyaki-terlibat-lapan-kes-pecah-rumah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:07 MYT
Tuaran, 13 Jan - Polis  menahan tiga individu termasuk sepasang  suami isteri, berumur antara 30 hingga 40 tahun yang dipercayai terlibat dalam lapan kes pecah rumah  di sekitar daerah Tuaran.

Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Abdul Fuad  Rashid Harun berkata dua daripada suspek itu, kedua-duanya lelaki ditahan pada 4 Januari lepas, pukul 7.51 malam ketika cuba memecah  masuk sebuah rumah di Taman Sinar Jaya.

"Unit Kereta Peronda (MPV) polis yang tiba kurang dari lima minit ke tempat kejadian berjaya  menahan dua suspek lelaki yang gagal melarikan diri," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis  Daerah Tuaran, di sini hari ini.

Abdul Fuad berkata hasil maklumat daripada suspek, seorang wanita warga Filipina  turut  ditahan di sebuah rumah di Kampung Lapotong, Tamparuli pada jam 11.20 malam, hari yang sama, dan  polis menemui beberapa barang dipercayai barang curi.

Katanya antara barangan berkenaan ialah barangan kemas, telefon bimbit, komputer riba, jam  tangan dan mesin pemotong kayu dengan nilai keseluruhannya dianggarkan RM10,000.

Beliau berkata kedua-dua suspek lelaki berkenaan didapati positif dadah jenis syabu.-BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 13 Jan 2015 7.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM