Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Ditahan Dalam Rumah Yang Dipecah Masuk

Published: 17 Jun 2014 6.14 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Hasil maklumat awam, pihak polis bergegas ke tempat kejadian dan berjaya memberkas suspek yang masih berada dalam rumah mangsa,' katanya kepada Bernama, di sini, hari ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-ditahan-dalam-rumah-yang-dipecah-masuk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:46 MYT

Kuantan, 25 Jun - Seorang lelaki yang memecah masuk sebuah rumah untuk menyamun berjaya diberkas polis ketika dia masih berada dalam rumah yang dipecah masuk itu.

Dalam kejadian 4 pagi ini, lelaki berusia, 22, memecah masuk sebuah rumah di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata polis berjaya memberkas suspek kira-kira 4.30 pagi selepas mendapat maklumat orang awam.

"Hasil maklumat awam, pihak polis bergegas ke tempat kejadian dan berjaya memberkas suspek yang masih berada dalam rumah mangsa," katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Berdasarkan siasatan awal, suspek yang bersenjatakan sebilah pisau bertindak memecah masuk rumah mangsa dan menggeledah rumah itu untuk tujuan menyamun.

"Suspek kemudiannya bertindak merogol mangsa yang sedang tidur di dalam rumah itu," katanya. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 6.14 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM