Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lagi Makmal Dadah Dibongkar Polis Pulau Pinang Rampas Dadah

Diterbitkan: 17 Jun 2014 6.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Susulan penahanan itu, kita menyerbu sebuah rumah teres di Butterworth dan berjaya membongkar sebuah makmal pemprosesan dadah oleh sindiket berkenaan,' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lagi-makmal-dadah-dibongkar-polis-pulau-pinang-rampas-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:41 MYT

Kepala Batas, 25 Jun - Polis Pulau Pinang membongkar sebuah lagi makmal pemprosesan dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM3.7 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Butterworth, di sini awal pagi Sabtu lepas.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata dalam serbuan 12.15 pagi itu polis turut menahan empat orang termasuk dua wanita, seorang daripadanya warga Indonesia.

"Hasil maklumat yang kita perolehi, pasukan polis telah menyerbu dua lokasi berasingan iaitu di George Town serta Butterworth dan menahan empat orang termasuk dua wanita berusia 30 hingga 50 tahun.

"Susulan penahanan itu, kita menyerbu sebuah rumah teres di Butterworth dan berjaya membongkar sebuah makmal pemprosesan dadah oleh sindiket berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya dalam serbuan itu polis merampas 11.3 kilogram dadah jenis heroin, 2.6 kg dadah jenis heroin nombor tiga, 49 kg kafein, peralatan memproses dadah dan bahan-bahan kimia untuk memproses bahan terlarang itu.

"Semua dadah itu bernilai RM3.7 juta dan dipercayai sindiket berkenaan telah beroperasi sejak empat bulan lepas dan mengedar dadah di sekitar Pulau Pinang serta Johor," katanya.

Abdul Rahim berkata turut disita dalam serbuan itu ialah tiga kereta jenis BMW, Mitsubishi Lancer dan Honda City serta wang tunai sebanyak RM450,000.

"Selain itu, kita turut menyita wang simpanan dalam enam akaun bank dan barang kemas milik anggota sindiket berkenaan. Keseluruhan nilai sitaan ialah RM861,105.88," katanya.

Katanya keempat-empat suspek direman sehingga 28 Jun ini bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis kini giat mengesan saki-baki anggota sindiket terbabit yang dipercayai masih berada di negara ini.

Bulan lepas, polis Pulau Pinang membongkar dua makmal pemprosesan dadah termasuk sebuah di dusun buah-buahan di Batu Itam, Balik Pulau yang menyaksikan empat ditahan selain merampas dadah bernilai RM1.2 juta.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 6.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM