Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Disyaki Menyamar Polis Ditahan Di Sandakan

Published: 19 Jun 2014 2.40 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Kinabalu, 10 Mac - Seorang lelaki dipercayai menyamar sebagai pegawai polis dan menipu keluarga orang kena tahan (OKT) di beberapa daerah di Sabah ditahan berhampiran bangunan Majlis Perbandaran ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-disyaki-menyamar-polis-ditahan-di-sandakan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:58 MYT

Kota Kinabalu, 10 Mac - Seorang lelaki dipercayai menyamar sebagai pegawai polis dan menipu keluarga orang kena tahan (OKT) di beberapa daerah di Sabah ditahan berhampiran bangunan Majlis Perbandaran Sandakan, dekat sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah Supt Saiman Kassim berkata suspek berusia 51 tahun itu ditahan pukul 8.40 pagi dan siasatan awal mendapati dia terlibat 10 kes penipuan iaitu empat kes di Kota Kinabalu, Papar (dua), Tawau (dua) dan masing-masing satu kes di Kinabatangan serta Lahad Datu.

Beliau berkata modus operandi suspek menghubungi keluarga OKT menawarkan bantuan membebaskan tahanan dari lokap dan sebagai balasan mangsa perlu membayar antara RM500 dan RM1,000 serta tambah nilai telefon bimbitnya bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan.

"Sekiranya anggota keluarga OKT bersetuju, suspek akan memberi nombor akaun CIMB dan Maybank. Kita turut merampas dua keping kad sim dipercayai digunakan dalam kegiatan itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Suspek kini ditahan reman bagi siasatan lanjut. Sehubungan itu, Saiman menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati apabila berurusan dengan individu yang tidak dikenali terutama melalui telefon atau khidmat pesanan ringkas.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 2.40 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM