Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Geng Samun Kenderaan Ditahan Bersama Pistol

Diterbitkan: 19 Jun 2014 2.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pulau Pinang, 10 Mac - Pasukan polis berjaya menahan 2 lelaki melayu dipercayai cuba curi kenderaan tetapi tidak berjaya dan melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Proton Wira Aeroback...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-samun-kenderaan-ditahan-bersama-pistol
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:12 MYT

Pulau Pinang, 10 Mac - Pasukan polis berjaya menahan 2 lelaki melayu dipercayai cuba curi kenderaan tetapi tidak berjaya dan melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Proton Wira Aeroback.
 
Hasil pemeriksaan polis menjumpai sepucuk pistol jenis CZ 75 Compact Cal 9 Luger buatan Czech Republic, 12 butir peluru, 1 kelopak pistol, 1 sarung pistol dan pelbagai peralatan disyaki untuk mencuri kereta.

Suspek dipercayai datang ke Seberang Jaya dari Pendang Kedah untuk mencuri kenderaan di Seberang Perai Tengah,selepas membeli pistol tersebut di Padang Besar Thailand.

Dalam kes yang berasingan, seorang pekerja yang baru menghabiskan kerja menjumpai sepucuk pistol tanpa Magazine dan peluru di dalam kawasan berlukar tepi jalan.Pengadu telah menyerahkan pistol tersebut di Balai Polis Bandar Baru setelah selesai kerja. Pihak polis mengesahkan ianaya tulen dan adalah pistol betul jenis STAR.SA.CAL 7.65 MM 32.

Sidang media tersebut dikendalikan oleh Dato' A.Thaiveegan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang dan SAC Mazlan Bin Kesah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang.

Geng Samun Kenderaan Ditahan Bersama Pistol
Geng Samun Kenderaan Ditahan Bersama Pistol
Geng Samun Kenderaan Ditahan Bersama Pistol
Geng Samun Kenderaan Ditahan Bersama Pistol

Sumber : Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 2.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM